Sekolah Menengah Agama Ulu Jempol

 

Mengenai Kami

SMA Ulu Jempol adalah singkatan bagi Sekolah Menengah Agama Ulu Jempol. Sekolah ini adalah salah satu sekolah di bawah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang terletak di Batu Kikir, Negeri Sembilan.

Sekolah ini menawarkan Kurikulum Bersepadu Dini yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai kurikulum utama sekolah ini selain subjek-subjek teras yang lain.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

VISI & MISI

VISI : Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI : Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara 

PIAGAM PELANGGAN

Selesa

01

Memastikan semua murid sekolah ini dapat belajar dengan selesa dari hari pertama hinggalah ke hari terakhir persekolahan.

Kemudahan Belajar

02

Memastikan setiap murid mendapat kemudahan belajar yang secukupnya agar dapat mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik selaras dengan kehendak Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).

Aktiviti Kokurikulum

03

Memastikan setiap murid berpeluang menyertai aktiviti kokurikulum sebaik mungkin untuk menuju ke arah kecemerlangan dalam pelbagai peringkat penyertaan.

Displin

04

Memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada semua murid dalam aspek displin dan moral dan seterusnya menjadi insan yang kamil.

Muafakat

05

Sentiasa memberi layanan yang baik dan mesra kepada ibu bapa / penjaga / waris dan ahli masyarakat setempat selaras dengan konsep “MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT”.

Perkhidmatan & Pentadbiran

06

Memastikan perkhidmatan yang cekap, cepat, tegas, dan tepat bagi mewujudkan pentadbiran yang bersih, cekap dan amanah demi kepentingan bersama.

Berlapang Dada

07

Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan teguran yang membina dari semua pihak demi mempertingkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan sekolah.

LOGO SMA ULU JEMPOL