
- NFT1002@moe.edu.my
- +60 19-359 5935
- www.smauj.com
Pertama sekali saya
memanjatkan puji-pujian dan kesyukuran kepada Allah SWT juga selawat dan salam
ke atas Junjungan Besar Baginda Rasulullah SAW. Saya juga mengucapkan selamatbertugas kepada guru-guru dan kakitangan dengan semangat serta keazaman yang kuat. Sesungguhnya
perjuangan dalam bidang pendidikan adalah sangat mencabar lebih-lebih lagi
dalam situasi pendemik covid 19 yang masih belum berakhir. Sesungguhnya warga
pendidik mengahadapi cabaran yang besar sepanjang tahun 2020 dimana sekolah
telah ditutup akibat PKP. Hal ini menuntut warga pendidik menggunakan medium
sosial dalam menjalani pdp.
Setinggi-tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dalam membuat laman web sekolah bagi tujuan melancarkan saluran berita dan perkembangan semasa sekolah dan menyediakan saluran pembelajaran secara dalam talian kepada anak-anak didik SMA Ulu Jempol melalui website ini.
Sesungguhnya untuk menghasilkan website ini bukanlah mudah, ianya memerlukan
kesungguhan, kerjasama dan komitmen daripada semua guru dan juga kakitangan
sekolah. Website sekolah merupakan saluran informasi yang sangat penting kepada semua peringkat samada diperingkat pengurusan
pentadbiran, akademik, sahsiah mahupun kokurikulum juga menjadi seluran hebahan kepada ibu bapa penjaga bagi anak-anak mereka yang bersekolah disini.
Saya berharap semua guru dan kakitangan sekolah sentiasa merujuk website ini untuk dijadikan saluran untuk mendapatkan informasi terkini daripada pihak sekolah.
Dengan adanya website ini, diharapkan segala program sekolah akan lebih tersusun
dan membawa hasil yang positif serta memberi impak yang maksimum kepada para
pelajar sepanjang tahun 2021.
Akhir kalam saya
mengucapkan kepada semua warga sekolah supaya berkerja dengan lebih gigih,
berdaya saing, jujur dan ikhlas dalam mendidik anak bangsa untuk melahirkan
anak yang baik lagi cerdik tanpa dadah. Semoga tahun 2021 menjadi tahun yang
cemerlang dan gemilang untuk warga SMA Ulu Jempol.