
Kokurikulum
Pengenalan
Kokurikulum ialah aktiviti pendidikan yang dirancang dan diperlaksanakan selepas waktu pelajaran formal di dalam dan di luar bilik darjah, berasas dan lanjutan pelajaran sesi persekolahan. Menurut Peraturan Kursus Pengajian, Akta Pelajaran 1956, kokurikulum adalah extra curriculum atau ‘kegiatan luar darjah’. Dalam pada itu, Peraturan-peraturan Kokurikulum Kebangsaan di bawah Warta Kerajaan, Akta Pendidikan 1995 yang bertarikh 31.12.1997 pula menyifatkan kokurikulum sebagai “kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan pelajar peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari dalam bilik darjah”.
Kokurikulum juga dikenali sebagai kurikulum tambahan (extra-curriculum) atau pendidikan untuk waktu lapang (education for leisure) atau aktiviti kelas tambahan (extra-class activities). Aktiviti-aktiviti kokurikulum sebahagian besarnya dilakukan di luar bilik darjah. Ia merupakan aktiviti amali sebagai lanjutan kepada mata pelajaran di dalam bilik darjah, iaitu sebahagian daripada kurikulum formal yang merangkumi aktiviti-aktiviti persatuan, kelab, permainan dan sukan, serta unit beruniform yang dijalankan sebelum atau selepas waktu persekolahan.




JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM SMA ULU JEMPOL 2022 | |
PENGERUSI | EN MOHD RADHI BIN AB RAHMAN |
T. PENGERUSI | EN MOHD ISA BIN MAT DAUD |
N. PENGERUSI | TN HJ MAZLAN BIN YAAKOB |
CIK SITI FATIMAH BINTI HJ ALI | |
S/U KOKURIKULUM | EN MUHAMMAD FIRDAUS BIN ABDUL HADI |
S/U SUKAN | MUHAMMAD ZAKWAN BIN ZAINAL ABIDIN |
GALERI KOKURIKULUM









Previous
Next
DATA PENGLIBATAN MURID DALAM KOKURIKULUM 2021
UPDATED 9/8/2021


